Rabu, 03 Maret 2010

Cerita sedih.

Kadang-kadang kita jarang mahu cerita tentang sesuatu perkara, orang, peristiwa, tempat atau apa-apa pun bukan kerana mereka tidak ada tempat yang istimewa dalam hati. Tapi sebab mereka kadang-kadang sangat dekat sampai kita rasa kita tak perlu dan tak mampu mahu tulis apa-apa tentang mereka.

Apapun, kadang-kadang aku tulis juga.

Bila mak tiada, mustahil aku tak sedih.

Waktu tu, waktu mak sakit, aku rasa mahu berhenti KPLI. Tangguh pengajian. Supaya aku akan ada lebih masa untuk mak. Walaupun aku rasa mak macam takkan lama ada di dunia, tapi aku masih juga mahu berharap mak akan hidup lama. Bila doktor kata mak cuma ada enam bulan, aku kata dalam hati doktor bukan Tuhan. Mungkin mak akan hidup sampai enam tahun lagi. Tapi aku tak berani mahu beritahu siapa-siapa aku mahu tangguh pengajian. Aku tak mahu mak tahu yang aku sudah terasa-rasa mak takkan hidup lama. Jadi aku teruskan juga belajar walau separuh hati aku sudah tidak ada di Melaka.

Bila aku sedih, aku teringat ayah. Sebelum aku lahir, ayah dah lebih dulu hidup dengan mak. Tiga puluh dua tahun. Campur zaman bercinta dua tahun. Jadi tiga puluh empat tahun. Ayah orang yang paling rapat dan paling lama bersama mak. Kalau aku sedih, ayah tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat kak. Kak tentu lebih sedih. Dia anak sulung. Anak sulung selalu yang paling rapat dengan mak. Mak pula pergi sebulan sebelum tarikh nikah kak. Lepas mak tiada, kak beritahu aku, kak pun sudah terasa-rasa yang mak takkan hidup lama. Tapi kak selalu berdoa biarlah mak hidup lama sikit. Biar mak sempat tengok majlis kak. Tapi mak pergi dulu. Kalau aku sedih, kak tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat kak dilah. Kak dilah dalam banyak-banyak anak mak dialah yang paling selalu buat mak geram. Memang dia macam itu. Tapi waktu mak sakit, dialah yang berusaha itu-ini carikan ubat untuk mak. Dia yang bawa mak ke hospital sana-sini untuk kesan apa sebenarnya penyakit mak. Yang akan bercakap dengan doktor-doktor di hospital itu pun dia. Malah dialah yang lebih dulu tau apa sebenarnya sakit mak dan dialah yang terlebih dulu menangis sebelum orang lain menangis. Kalau aku sedih, kak dilah tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat kak paliah. Kak paliah anak mak yang paling taat. Dia anak mak yang paling patuh. Dia menjaga mak lebih dari orang lain. Yang akan memandikan mak setiap hari dan selalu-selalu mewudhukkan mak adalah dia. Dia anak perempuan mak yang selalu ada di rumah dan setiap kali balik dari kerja tak akan pernah jemu menegur mak. Kalau aku sedih, kak paliah tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat abg am. Abg am lelaki yang tak banyak cakap. Juga tak banyak karenah. Dari kecil sampai besar dia selalu menjadi abang yang baik kepada aku dan adik-adik, adik yang baik kepada kakak-kakak. Tentu juga dia anak yang baik kepada mak dan ayah. Waktu nafas mak terhenti, abg am yang mula-mula sekali kesat-kesat air mata. Dia menangis di waktu anak-anak perempuan mak belum menangis. Kalau aku sedih, abg am tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat ahmad. Ahmad meski bukan yang bongsu tapi dialah yang paling manja dalam keluarga. Dan orang yang paling sering memanjakan ahmad adalah mak. Ahmad jarang menguruskan mak. Sebab dia sudah ada ramai kakak dan abang. Kalau di hospital pun dia jarang lama-lama menunggu mak di wad. Tapi aku tau dia sangat risaukan mak. Cuma dia tak tahu bagaimana mahu menunjukkan rasa kasihnya kepada mak. Dia tak pernah bercerita dengan sesiapa tentang apa yang dia rasa. Dia pun tak akan menangis di depan orang. Tapi cukuplah dengan melihat air muka dan matanya, aku sudah dapat mengagak apa yang dia rasa. Kalau aku sedih, ahmad tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat adik. Adik satu-satunya anak mak yang tak ada di sisi mak saat mak meninggalkan dunia. Adik sampai waktu jenazah mak sudah selamat dikebumi, maghrib yang syahdu dengan suara tahlil untuk mak. Adik sampai, beri salam, capai kopiah dan terus ke masjid. Tak ada kata-kata basa-basi. Tak ada cerita-cerita tentang susah-payah dia transit di beberapa tempat semata-mata untuk balik ke Malaysia. Adik nampak tenang. Tapi entah berapa banyak air mata adik yang tumpah sepanjang dalam kapal terbang. Aku tak tahu. Kalau aku sedih, adik tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat noorsyam. Noorsyam kawan sebilik aku di sekolah Serting. Ibu noorsyam meninggal dunia sebab strok. Tiba-tiba. Sedang malam sebelumnya dia masih boleh bercakap-cakap dan senyum-senyum dan ucap selamat malam kepada noorsyam sebelum esok paginya Noorsyam hanya bertemu dengan ibunya yang terbaring tak bernyawa. Dia menangis sewaktu bercerita dengan aku dalam telefon. Dan aku pun ikut sama menangis selepas itu. Sekurang-kurangnya mak pergi selepas aku diberi masa untuk bersedia. Kalau aku sedih, noorsyam tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat zati. Zati kawan aku waktu di UM. Zati lebih dulu melalui apa yang aku lalui. Yang berbeza cuma latar, masa dan keadaan. Dia anak sulung. Dengan adik-adik yang ramai dan masih sangat kecil. Bila ibu sudah tiada tentulah tugas-tugas dan tanggungjawab seorang ibu itu beralih kepada dia. Kalau aku sedih, zati tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat kak aini. Kak aini kawan sebilik aku di Melaka. Dia masih ada mak. Tapi dia ada pengalaman menjaga ayah yang sakit sampai ke hayat akhir. Selang setahun selepas pemergian ayah, kakak kepada kak aini yang selama ini diharap-harapkan untuk membantu keluarga ikut sama pergi. Aku masih ingat kata-kata kak aini dalam sebak dan linangan air mata di suatu malam yang sunyi, “Bila dua orang yang kita sayang dah tak ada, pergi pula dalam jarak masa yang dekat, rasa macam putus asa..”. Kalau aku sedih, kak aini tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat sera. Sera penulis blog yang sangat aku suka meski aku dan dia tak pernah pun mengenali. Dia selalu bercerita tentang depresi. Banyak kali dia ceritakan tentang rasa-rasa rindu yang amat sangat kepada ibu. Ibu kepada sera sudah tiada sejak dia masih kanak-kanak. Sekurang-kurangnya aku ada banyak memori dengan mak untuk dikenang-kenang sedang sera hanya ada bayang-bayangan yang kemudian menjadi rindu yang sakit. Kalau aku sedih, sera tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat kusnani. Kusnani murid tahun tiga di Sekolah Masjid Baru yang pernah diajar oleh aku. Pernah suatu hari dia bertanya, “Cikgu ada mak dengan ayah?”. ”Ayah saya meninggal waktu saya pra-sekolah. Lepas ayah meninggal, abang saya jadi jahat, dia selalu marah-marah saya, dia melawan cakap mak. Dia minum arak..”. Dia bercerita dengan sangat tenang dan aku yang baru kehilangan mak waktu itu cuba-cuba juga membaca perasaan dia. Dia masih anak kecil. Tapi dalam usianya yang semuda itu dia telah merasa luka sebuah kehidupan. Kalau aku sedih, kusnani tentu lebih sedih.

Bila aku sedih, aku teringat sekian ramai lagi manusia yang bersedih, yang sama-sama bersedih, yang telah terlebih dulu sedih, yang terlebih-lebih sedih, dan sekian ramai lagi manusia yang tak suka melihat aku bersedih. Aku meminjam kekuatan mereka. Lalu kesedihan itu menjadi suatu beban rasa yang ringan dan tak menekan.

Sedih itu rasa-rasa biasa dalam hidup. Kalau kita tak pernah sedih bermakna kita tak pernah kenal erti gembira. Kalau kita tak pernah gembira, kita pun tak tau bagaimana mahu memaknai rasa sedih.

Apapun, hidup macam itulah. Terbina atas pelbagai rasa dan rahsia.

1 komentar:

http://beritaterkini7789.blogspot.com/2017/11/astaghfirullah-foto-mesum-pelajar.html

- Inilah Saatnya Menang Bersama MejaVIP
Situs Impian Para pecinta dan peminat Taruhan Online !!!
Hanya Dengan 1 id bisa main 7 games boss!!!
CAPSA SUSUN | PLAY POKER | BANDAR POKER | BandarQ | Domino99 | AduQ | SAKONG Terbaik


Keunggulan MejaVIP
- MINIMAL DEPO & WD 15.000
- PROSES DEPO & WD TERCEPAT
- KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
- CS RAMAH & INSPIRATIF SIAP MEMBANTU 24JAM
- TIPS & TRIK MENJADI KEUNGGULAN SITUS INI
- DAN KAMI MEMILIKI BONUS NEW MEMBER 20% BOSKU

Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan diri anda di MejaVIP
Bagaimana cara mendaftar? SIMPEL boss!!!
cukup kunjungi kami MejaVIP
klik daftar dan daftarkan diri anda
atau bisa juga melalui live chat dan dan cs kami akan membantu anda 24jam bos!!
Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama kami!!!
Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar" nya!!!

Kami tunggu kehadiran bosku yah^^
 

Posting Komentar